Thursday, May 17, 2012

0 Lirik Lagu LAMUNAN TERHENTI - Aris Ariwatan


Lirik Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

[1]
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

[2]
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

[Ulang 1, 2]

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini

0 Lirik Lagu KORBAN CINTA - Aris Ariwatan


Lirik Korban Cinta - Aris Ariwatan

Berangkat pergi biduk kukayuh
Sarat hati yang luka
Agar tak lebih menyakitkan
Jika masih di sini

Bukan cuba untuk melarikan
Dari kerumitan cinta
Tapi waktu ini perlu untukku
Mengupas segalanya

Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi persaan kasih padamu
Melebihi diriku
Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya

Mengalah bukan kalah
Pergiku bukan lari
Bukan mudah bercinta
Jika pengertian tak setaraf
Menagih korban yang lebih dalam

0 Lirik Lagu KAYA - Aris Ariwatan


Lirik Kaya - Aris Ariwatan

Apa khabar orang muda
Apa khabar orang lama
Apa khabar warga desa
Apa khabar warga kota

Khabar apa hari ini
Khabarnya naik lagi
Khabarnya jatuh pulak
Khabarnya tak nampak-nampak

Bekerjalah demi cinta kerjayamu
Bersihkanlah dari peluh nista
Berusahalah kaki tanganmu
Sucikanlah diri dari sindrom cepat kaya

Apa khabar warga korporat
Apa khabar para peneroka
Apa khabar yang dihormati
Apa khabar para pencinta

Kalau semua orang berjaya
Siapa pula sebaliknya
Kalau semua ingin bahagia
Siapa pula yang akan sengsara

Kaya kaya kaya
Semua mahu kaya
Bukan saja harta dunia
Tapi kaya juga di sana

Apa khabar korporat muda
Apa khabar peneroka lama
Apa khabar desa tercinta
Khabar apa hari ini

0 Lirik Lagu KATA - KATA BERHARGA - Aris Ariwatan


Lirik Kata-kata Berharga - Aris Ariwatan

Berkali sudah ku katakan kepadamu
Keterlanjuranmu itu
Begitu lemah engkau tiada berdaya
Hingga berkorban segala

Sepenuh jiwa mengharapkan kau
Mengerti betapa kesalnya diri
Bagaimana kan ku telan kenyataan
Engkau dan sebuah kehancuran

Ku simpan semua detik-detik kenangan
Bersama sisa harapan
Engkau kembali insafi diri
Ke mana arah tujuan

Ku sedari kini kata-kata tak berharga
Takdir Illahi masa merubah segala
Cinta manusia tidak kekal sifatnya
Budimu tiada serupa

Engkau campakkan pesanku kau tak perlukan
Budi terbuang tak mampu kau pertahankan
Tangisan sayu mengisi lagu sendu
Tanda kesalku sewaktu mengenangmu

Kepada Tuhan ku sandarkan pengharapan
Penyuluh sepanjang jalan
Terbuka jau pintu hatimu itu
Sejahteralah hidupmu

0 Lirik Lagu CINTA TAK KENAL SIAPA - Aris Ariwatan


Lirik Cinta Tak Kenal Siapa - Aris Ariwatan

Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain...Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu...Ooh

Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu (kau) tersenyum tanda rela

Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah...denganmu

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK:

TRAFFIC FROM:

Free counters!
 

LYRICS Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates